Malaysia masih mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi hari ini iaitu 3,680.

Jumlah berkenaan meningkat sedikit berbanding semalam 3,585.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes keseluruhan kini adalah sebanyak 194,114.

Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,069 diikuti Selangor (822) dan Kuala Lumpur (698).

Kes sembuh hari ini sebanyak 1,858 kes manakala kes kematian pula merekod 7 pesakit.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.