Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati individu yang telah disahkan positif COVID-19 oleh mana-mana fasiliti kesihatan, wajib mematuhi arahan kuarantin kendiri.

Arahan tersebut mestilah dipatuhi walaupun belum dikeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian atau dipakaikan gelang pengawasan.

Kegagalan menjalani kuarantin kendiri oleh mana-mana orang yang dijangkiti merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12(3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan jika disabitkan bersalah, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

View this post on Instagram

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia)

Sementara itu status terkini Covid-19 pada 7 Februari mencatatkan 3,371 kes baharu positif dan daripada jumlah tersebut, lapan merupakan kes import.

Jumlah kes kematian pada hari ini seramai 15 orang, 292 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 140 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Perkembangan lain, sebanyak 3,369 kes sembuh pada hari ini.

Foto: BERNAMA