Sebanyak 6,355 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu dalam negara mencecah angka 2,575,888.

Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meragut 55 lagi nyawa dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,892.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Jangan leka, orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.

Foto dan sumber: Astro AWANI