Sebanyak 9,890 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,313,727 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal dengan kes tertinggi sebanyak 1,413 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 1,402 kes dan Kelantan sebanyak 1,032 kes.

“Johor pula (993 kes), Sabah (820 kes), Perak (794 kes), Pulau Pinang (721 kes), Terengganu (699 kes), Pahang (564 kes), Kedah (503 kes), Melaka (260 kes), Kuala Lumpur (250 kes), Perlis (200 kes) dan Negeri Sembilan (180 kes).

“Putrajaya pula sebanyak 59 kes dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” katanya pada ciapan Twitter hari ini.

Sementara itu, meninjau reaksi netizen di Twitter, ramai yang optimis angkat jangkitan kes COVID-19 akan menunjukkan penurunan dari semasa ke semasa.

"3 hari direct dah kan bawah 10K?" tulis @HazwanAfifi.

"Malaysia has officially reached 7% total infected," tambah @HarisCountrys.

Namun, ada yang khuatir akan situasi di negeri Perlis yang mencatatkan kenaikan jumlah kes jangkitan harian menjadi 200 kes.

"Perlis kluster apa tu?" soal @hnn_2025.

"Orang Perlis okey tak tu?" tanya @abam_syuk pula.

Foto: The Edge Markets