Kes positif Covid-19 meningkat hari ini dengan 3,140 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah itu meningkat berbanding 2,589 kes kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow https://covidnow.moh.gov.my.

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 22,817,909 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,123,189 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,736,688 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,834,774 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, sebanyak 145,004 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,241 dos pertama, 4,325 dos lengkap dan 137,438 dos penggalak.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,034,257 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,717,084.

Sumber: Harian Metro, BERNAMA
Foto: NST