Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan peningkatan agak tinggi berbanding semalam.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 1,576 kes baru dicatatkan hari ini berbanding 1,213 kes semalam.

Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini adalah 330,042 kes.

Daripada angka tersebut, Sarawak kini menjadi negeri tertinggi dengan 407 kes.

Selangor pula di tempat kedua yang mencatat jumlah 348 kes.

Jumlah itu diikuti Pulau Pinang (182), Kuala Lumpur (175), Perak (100) kes.

Kematian pula mencatatkan sebanyak dua kes menjadikan sebanyak 1,225 keseluruhannya.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!