Sebanyak 2,253 kes positif baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 295,951 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,246 adalah kes tempatan manakala tujuh kes merupakan kes import.

Sebanyak 11 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,111 kes.

Kes sembuh pula direkodkan sebanyak 3,085 kes menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 26,846 kes.

Sehingga kini, jumlah kes aktif adalah sebanyak 27,994 kes dengan 201 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 93 diberikan bantuan alat pernafasan.

Sumber / Foto: KKM