Baru-baru ini tersebar satu mesej yang menyenaraikan empat lokasi 'panas' di Selangor disebabkan wabak COVID-19.

Mesej terbabit telah viral di media sosial serta aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Namun, menerusi laporan Sinar Harian, mesej berkenaan disahkan palsu.

Perkara itu diakui oleh sumber rasmi pejabat Menteri Besar Selangor yang memaklumkan mesej itu tidak sahih.

"Maklumat tidak sahih," katanya ketika pemberita bertanya kesahihan maklumat yang tersebar.

Terdahulu, mesej tular itu turut menyatakan beberapa tindakan akan diambil hasil keputusan taklimat dan perbincangan didakwa melibatkan Menteri Besar Selangor, Exco Selangor, pegawai daerah di Selangor dan agensi berkaitan.

Selain itu, mesej tersebut juga kononnya dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Sumber: Sinar Harian