Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan selama 14 hari bermula esok berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di kawasan itu.
Memperincikan perkara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kadar insiden jangkitan di Seremban sangat tinggi dan berlaku peningkatan secara ketara dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 777 kes kepada 876 kes.
"Selain itu, kebanyakan mukim di Seremban juga adalah zon merah iaitu melibatkan tujuh daripada sembilan mukim. Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim dalam lingkungan 56 hingga 283 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara di Port Dickson, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang melibatkan beberapa kluster iaitu daripada 35 kepada 167 kes.
Pelaksanaan PKP ini adalah untuk mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-kedua daerah itu.
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah hari ini.
Katanya, KKM telah melaksanakan 516 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 53 kes positif COVID-19 direkodkan.
"KKM turut mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini terkawal dengan kes terakhir direkodkan adalah pada 11 Jan dan tiada lagi sampel menunggu keputusan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 785 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) termasuk 765 individu dikompaun, 19 direman manakala seorang diikat jamin semalam.
Kesalahan tertinggi direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka melibatkan 250 individu, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (165), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (38), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (31) dan lain-lain (164).
Mengenai Operasi Benteng pula, pihak berkuasa menahan 33 pendatang tanpa izin dan merampas empat kenderaan darat semalam.
Sumber: BERNAMA
Kredit Foto: Awani
Maliah Surip
Mon Jan 18 2021
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.