Jumlah kes COVID-19 baru di Malaysia kembali ke angka lebih 12,000 apabila 12,366 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

Jumlah itu sekaligus menjadikan kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 939,899.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kemas kini di akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan negeri Selangor terus menjadi negeri dengan kes tertinggi apabila 5,524 kes baru dilaporkan.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,580 kes), Negeri Sembilan (970 kes), Johor (793 kes), Kedah (701 kes) dan Sabah dengan 657 kes.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak berbahaya ini.

Foto: AWANI