Laman Utama

COVID-19: Hati Hati Semua; Peningkatan Mendadak Kes Di Lembah Klang Ada Kaitan Dengan Tempat Kerja

Azwa Rahman
17/11/2020
22:40 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri-negeri di Lembah Klang sejak beberapa hari yang lalu adalah disebabkan oleh peningkatan kes berkaitan dengan tempat kerja.
Memetik laporan BERNAMA, peningkatan kes di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya disebabkan oleh ketiga-tiga negeri ini merupakan pusat tumpuan warga pekerja.
“Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19,” katanya.
Tambahnya lagi, daripada 162 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja, termasuk empat kluster baharu yang diumumkan hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru pihak majikan memainkan peranan lebih besar untuk bersama menangani penularan COVID-19 dalam negara.
“Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit dalam kalangan pekerja, misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri, dan juga persekitaran di tempat tinggal, serta tempat kerja.
“Isu penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani,” ujarnya.
Dr Noor Hisham turut berkata, antara tindakan yang boleh diambil pihak majikan adalah memberi pendidikan kepada para pekerja tentang amalan kebersihan kendiri, persekitaran di tempat kerja dan tempat tinggal, serta langkah pencegahan.
“Tindakan lain adalah menyediakan penginapan kondusif untuk memastikan penjarakan fizikal diamalkan serta memantau dan memastikan amalan pencegahan jangkitan dipraktikkan oleh pekerja di tempat kerja dan tempat penginapan mereka,” jelasnya.
Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,210 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes terkini di dalam negara ialah 49,730 kes.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.