Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 3,973 kes jangkitan baru COVID-19 di negara pada hari ini.

Jumlah itu sedikit meningkat jika dibandingkan semalam itu sebanyak 3,807 dan kelmarin 3,733 kes.

Menerusi pengumuman dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah terkumpul setakat ini adalah sebanyak 448,457 kes.

“Sebanyak 38,499 kes aktif setakat ini, 453 kes dirawat di ICU dengan 244 perlu alat bantuan pernafasan.

“Jumlah ICU di Lembah Klang juga hampir penuh,” katanya.

Menurutnya, Selangor masih catat angka tertinggi iaitu 1,328 kes.

Jumlah itu diikuti Sarawak iaitu 512 kes.

Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur juga tinggi apabila mencatatkan jumlah kes melebihi 300.

Anda boleh lihat senarai kes mengikut negeri di bawah.

Difahamkan, terdapat 22 kematian dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,722.