Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid, David Beckham mencuri perhatian wargamaya dunia apabila kembali tampil dengan imej botak.

Menerusi laman sosial Instagram, Beckham berkongsi foto imej terbarunya untuk tatapan umum.

Just had to be done ✂️ #stayhome #staysafe #staystrong GOODNIGHT ?

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

“Memang perlu dilakukan, #stayhome #staysafe selamat malam,” tulis Beckham sebagai kapsyen.

Mencukur rambutnya sehingga botak, wajah segar Beckham itu seperti mengimbas kembali gaya potongan rambutnya sekitar tahun 2018, 2004 dan 2000.

Imej tersebut turut mendapat perhatian pendandan rambut Victoria, Ken Paves.

"Tiada siapa yang boleh menggayakannya dengan lebih baik!!! Anda boleh mengajar saya satu atau dua perkara!!" kata Paves di ruangan komen.

Beckham kini mengasingkan diri bersama isterinya, Victoria dan tiga anaknya, Romeo, Cruz dan Harper di rumah mereka di Cotswolds, United Kingdom.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 1.8 juta tanda suka daripada peminat seluruh dunia.