Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Covid-19: Jumlah Kes Di Malaysia Cecah 2 Juta - Sarawak, Selangor & Johor Penyumbang Tertinggi

Syafiqah Jalal
17/09/2021 09:50 MYT
Angka kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia setakat jam 12 tengah hari tadi masih berada di tahap yang tidak memuaskan iaitu 17,577 kes.

Dengan pertambahan kes itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan dalam negara setakat ini ialah 2,067,327 kes.

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,480 kes, diikuti Selangor dengan 2,646 kes dan Johor, 2,334 kes.

Manakala, empat negeri merekodkan lebih 1,000 kes melibatkan Perak (1,596), Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462), dan Kedah (1,173).

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 sehingga 5 petang, 16 September adalah 70 peratus melibatkan bukan Unit Rawatan Rapi (ICU), manalaka 76 peratus melibatkan katil ICU.
 
#Sarawak #Johor #Selangor #PKP #'COVID-19 #SOP #Kes