Covid-19

COVID-19: Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan RM5 dan RM7, Untuk Ringankan Beban Pembayar Kurang Berkemampuan - Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Fiza Kamarudin
16/04/2020
23:15 MYT
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan, dua kadar zakat fitrah untuk tahun ini iaitu RM5 dan RM7, bagi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memaklumkan perkara itu diputuskan dengan persetujuan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, berdasarkan situasi semasa kesan penularan COVID-19.
Jelasnya, pelaksanaan dua kadar zakat fitrah itu bertujuan meringankan beban umat Islam di Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan itu.
Katanya, pembayar zakat Wilayah Persekutuan boleh memilih untuk membayar antara dua kadar tersebut berdasarkan kemampuan masing-masing.
“Hal ini adalah selari dengan Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 9 April 2020 melalui siaran langsung telesidang. “Muzakarah ini mengambil ketetapan bahawa kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambil kira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa.
“Selain itu, kadar zakat fitrah adalah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri, namun jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Penetapan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 dibuat berdasarkan harga beras bagi 2.6 kilogram beras super tempatan gred A yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.