Kes harian positif Covid-19 negara kembali mencatatkan peningkatan dengan 3,683 kes positif Covid-19 pada Rabu berbanding 2,897 kes pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,750,516 kes. (Sinar Harian)
Sementara itu, tiga kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara setakat Rabu.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas.
“Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban. Keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu telah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lepas,” katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.
Beliau berkata, kes kedua melibatkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom melalui pintu masuk KLIA pada 14 Disember lepas dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.
Menurutnya, wanita yang juga telah lengkap divaksinasi pada 19 Mei lepas itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban, manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.
Veerapan berkata, kes ketiga pula melibatkan wanita berumur 29 tahun yang juga tiba dari United Kingdom di KLIA pada 16 Disember lepas dan disaring dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.
“Kes diarah menjalani kuarantin di kediamannya di Port Dickson dan disahkan positif. Individu berkenaan juga mempunyai gejala ringan selain lengkap divaksinasi pada 30 Mac dan menerima dos penggalak pada 22 Oktober lepas,” katanya.
Beliau berkata, kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan dilakukan ujian tindak balas polymerase chain reaction (PCR) serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri.
Sumber: Bernama / Sinar Harian
Mya Amri
Wed Dec 29 2021

.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!