Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

COVID 19: Kes Baharu Kembali Meningkat, 957 Kes Kesemuanya Kes Tempatan

Maliah Surip
01/11/2020 10:45 MYT
Bulan November 2020 dibuka dengan peningkatan kes baharu COVID-19 di Malaysia sebanyak 957 kes, berbanding 659 kes baharu pada 31/10/2020.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, kesemua kes baharu sebanyak 957 itu adalah sepenuhnya kes tempatan. 

Bagaimanapun tiada kematian direkodkan dan bilangan 972 kes sembuh baharu dicatatkan.

Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah sebanyak 644 kes (67.3 peratus) manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Usaha melibatkan daerah Klang dan Petaling di negeri Selangor dan Kluster Tembaga di daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang.


Status Terkini COVID-19 Di Malaysia: 1 Nov 2020
Kes sembuh=972
Jumlah kes sembuh=22,220 kes

Kes baharu positif=957
(kes import=0, kes tempatan=957)
Jumlah positif=32,505 kes

Kes kematian=0
Jumlah kes kematian=249 kes

Kes dirawat di ICU=97 kes
Bantuan Alat Pernafasan=27 kes



Kredit Foto: NST, KKM
#Malaysia #COVID 19 #Stay Safe