Malaysia merekodkan sebanyak 1,139 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 354,468 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes sembuh meningkat sebanyak 1,199, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 339,067 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacitanya turut memaklumkan pertambahan sebanyak empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,304 kes.

Mengenai penularan mengikut negeri, Sarawak merekodkan angka tertinggi bagi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 332 kes diikuti Selangor, 294 kes, dan Johor sebanyak 102 kes.

Setakat ini, sebanyak 194 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 10 kluster dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.