Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan jumlah sebanyak 13,034 dalam tempoh 24 jam.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 964,918.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter miliknya.

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi sebanyak 6,049 kes.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,611), Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701) Sarawak (644) dan Sabah dengan 497 kes.

Negeri-negeri lain turut mencatatkan ratusan kes baru kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis dengan masing-masing hanya 24 dan 6 kes baru.

Sementara itu, kes kematian hari ini adalah sebanyak 134 menjadikan kes kematian keseluruhan sebanyak 7,574 setakat ini.


Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan segala langkah yang mampu mencegah penularan wabak berbahaya ini.

FOTO: AWANI