Kes baru jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan jumlah sebanyak 11,985 kes.

Jumlah itu sekaligus menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 951,884 kes.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitter miliknya.

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi sebanyak 5,550 kes dalam tempoh 24 jam.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,174), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Sabah (474), dan Sarawak dengan 261 kes.

Negeri-negeri lain turut mencatatkan ratusan kes baru, hanya Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis dilaporkan dengan kes terendah sebanyak 51, 35 dan 2 kes.


Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak berbahaya ini.