Kes positif COVID-19 di negara ini mencecah 1,940,950 kes setakat jam 12 tengah hari tadi, dengan pertambahan sebanyak 21,176 kes baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi data berkenaan melalui media sosial, berkata Sarawak masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi apabila sebanyak 3,734 kes dilaporkan hari ini.

Ia diikuti Selangor dengan 3,595 kes, Johor (2,297) dan Sabah (2,246).

Empat negeri juga merekodkan angka 1,000 kes ke atas iaitu Pulau Pinang dengan 1,939 kes; Kedah (1,808); Perak (1,366) dan Kelantan 1,254 kes.

Selain itu, Pahang dengan 853 kes; Terengganu (776); Melaka (485); Kuala Lumpur (467) dan Negeri Sembilan dengan 252 kes.

Tiga negeri masing-masing Perlis, Putrajaya dan Labuan melaporkan 77, 21 dan enam kes.