Malaysia masih merekodkan empat angka jangkitan COVID 19 terbaharu hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 1,870 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 110,485 kes.

Buat pertama kalinya, Johor menjadi negeri dengan jumlah kes tertinggi, iaitu 607 kes dan diikuti oleh Selangor dengan 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.

Status Terkini #COVID19, 30 Dis 2020 Kes sembuh=745 Jumlah kes sembuh=87,460 kes Kes baharu positif=1,870 kes (1,868...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 30 December 2020

Peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 745 kes sembuh baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 87,460 kes.

Selain itu, terdapat pertambahan enam kes kematian COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah 463 kes.

Sehingga kini, terdapat 131 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan lain lapan kluster baharu turut dilaporkan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah.

Klsuter-kluster berkenaan ialah Kluster Tembok Choh, Kluster Tapak Broga, Kluster Tapak Bina Jalan Stesen, Kluster Slot Berjaya, Kluster Jalan Nikolas, Klsuter Gerbang Pongsu, Kluster Damai Ketari dan Kluster Alor.

Sumber/Foto: Astro Awani