Kes baru COVID-19 mencatatkan peningkatan hari ini dengan 15,759 kes selepas tren penurunan beberapa hari sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baru itu menjadikan jumlah kes kumulatif mencecah 2,127,934 setakat ini.

Sarawak kekal menjadi negeri kes paling tinggi dengan jumlah 3,732 kes diikuti Johor (1,959 kes) dan Selangor (1,934 kes).

Sementara itu, Pulau Pinang mencatatkan 1,417 kes dan Kelantan dengan 1,338 kes baru.

Berikut adalah perincian kes baru setiap negeri seperti yang dimuat naik di akaun Twitter Dr Noor Hisham hari ini.

Orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan pelbagai langkah yang dapat mencegah penularan wabak berbahaya ini.

Kredit Foto: AWANI