Tahap jangkitan kes Covid-19 di Malaysia masih belum memuaskan apabila merekodkan sejumlah 18,815 kes jangkitan baharu setakat jam 12 tengah hari tadi.

Dengan pertambahan kes itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan dalam negara setakat ini ialah 2,049,750 kes.

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,660 kes, diikuti Selangor dengan 2,718 kes dan Johor, 2,206 kes.

Manakala, lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes melibatkan Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233 kes) dan Kelantan (1,222).

Angka kes masih membimbangkan namun hari ini kerajaan sudah bermulanya projek rintis gelembung pelancongan domestik Langkawi apabila lebih seribu pengunjung ke negeri itu.