Jumlah kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat biarpun tidak terlalu ketara.

Menerusi laporan dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 7,276 kes dilaporkan hari ini berbanding 6,709 kes semalam.

Data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,353,579 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW, covidnow.moh.gov.my

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang agak risau dengan peningkatan tersebut.

Biarpun tidak ketara melonjak, namun netizen meminta supaya orang ramai berjaga-jaga dan tidak terlalu ‘hilang pertimbangan’ apabila pulang ke kampung.

“Kau balik kampung, SOP biar jaga, jangan ikut hawa nafsu”.

“Covid sentiasa ada, jadi jangan ambil mudah”

“Korang jangan mudah lupa ya kita pernah berkurung lebih setahun,” tulis beberapa netizen.