Sebanyak 5,304 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan dalam negara 657,508.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang dilaporkan sebanyak 5,793 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan negeri tertinggi dengan pertambahan kes harian iaitu sebanyak 1,973.

Ia diikuti Sarawak (544 kes) dan Kuala Lumpur (462 kes).

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.