Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 3,780 hari ini.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu posting di Twitter sebentar tadi.

Menurut KKM, jumlah keseluruhan kini sudah mencecah 477,110. Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 1,275 dicatatkan.

Bilangan itu kemudian diikuti Sarawak sebanyak 405, Kedah (363), Kelantan (357) dan Kuala Lumpur (342).

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!