Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi pada Khamis apabila 6,144 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 2,608,979 kes.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter beliau pada Khamis.

Berdasarkan data daripada COVIDNOW (dikemaskini setakat 24 November 2021), terdapat 69,261 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 55,705 individu atau 80.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 7,584 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 5,466 kes dirawat di hospital dan 506 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 236 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 270 lagi memerlukan mesin ventilator.