Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sekali lagi menyaksikan peningkatan agak tinggi.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 1,671 kes baru dicatatkan hari ini

Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini adalah 331,713 kes.

Daripada angka tersebut, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi dengan 652 kes.

Pulau Pinang pula di tempat kedua yang mencatat jumlah 328 kes.

Jumlah itu diikuti Sarawak (154), Johor (130), dan Sabah (154) kes.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!