Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan sedikit penurunan berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 4,113 kes dicatatkan hari ini.

Jumlah tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 462,190 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor masih tertinggi dengan 1,269 kes dicatatkan.

Sarawak pula menjadi negeri kedua tertinggi kes Covid dengan sebanyak 533 direkodkan.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!