Jumlah kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia merekodkan 3,198 kes Covid-19.

Jika dibandingkan semalam, Malaysia hanya mencatatkan 3,175 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,795,233 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.