Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 4,140 hari ini.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.

Menurut KKM, jumlah keseluruhan kini sudah mencecah 466,330.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 1,507 dicatatkan.

Bilangan itu kemudian diikuti Johor sebanyak 433, Kuala Lumpur 398, Pulau Pinang 338, dan Sarawak 324.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!