Kes positif Covid-19 meningkat hari ini dengan 3,528 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah itu meningkat berbanding 3,510 kes kes yang direkodkan semalam.

Sementara itu, sebanyak empat kes B.1.1.1.529 atau varian Omicron dikesan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (ICHM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof David Perera.

Beliau berkata, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu membabitkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan menjalani ujian swab pada 19 Disember, dan lelaki berusia 19 tahun yang pulang dari United Kingdom yang telah melakukan ujian swab pada 14 Disember.

"Dua lagi kes dikesan di Kuching. Satu kes membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom. Beliau melakukan ujian swab pada 22 Disember manakala kes lain ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan, berkemungkinan kes penularan tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Harian Metro