Sejumlah 5,728 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding semalam dengan catatan kes harian tertinggi sebanyak 5,725.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 5,723 merupakan kes tempatan manakala kes import pula sebanyak lima.

Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kes aktif adalah 47,388.

Selangor masih mencatatkan rekod kes paling tinggi iaitu 3,285 diikuti Johor (792) dan Kuala Lumpur (480).

Tambah KKM, kes kematian hari ini mencatatkan 13 pesakit.

Kes sembuh pula sebanyak 3,805 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 161,527.

Di bawah ini adalah jumlah pecahan kes mengikut setiap negeri.




Foto: AWANI