Pendakwah tersohor Ismail Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut perkongsian yang dibuat menerusi laman Instagramnya pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehinya itu ialah keluaran Sinopharm.

“Bismillah. Dos pertama Sinopharm. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari wabak ini dan semua jenis virus dan penyakit-penyakit lain. Amin,” ucapnya..

A post shared by Mufti Menk (@muftimenkofficial)


Beliau yang berasal dari Zimbabwe dan cukup terkenal di seluruh dunia membuktikan bahawa umat Islam tidak perlu was-was dengan suntikan tersebut.

Sabtu lalu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz turut menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik sahaja bekalan vaksin selamat tiba dan diedarkan kepada 150,000 individu pertama di negara itu.

Selain itu, Awani sebelum ini melaporkan banyak pemimpin dunia mula menerima suntikan. Antaranya presiden baharu Amerika Syarikat, Joe Biden, Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.