Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

COVID-19: Rekod Baharu Lagi! Jangkitan Harian Hampir 23,000 - "Kedah Naik 2,000 Pastu Banjir Pula..."

Amri Hassan
19/08/2021 08:21 MYT
Negara sekali lagi mencatat rekod kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 22,948 individu dilaporkan positif COVID-19 pada Khamis sekali gus jumlah kumulatif sebanyak 1,489,460 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan 7,175 jangkitan manakala Kuala Lumpur 1,439 kes.

"Johor merekodkan 1,526 kes manakala Sabah (2,583), Negeri Sembilan (556), Kedah (2,137), Perak (1,229) dan Pahang (736).

"Pulau Pinang pula merekodkan 1,655 kes, Melaka (737), Sarawak - 1,206, Kelantan (1,271), Terengganu (621), Labuan (9), Putrajaya (26) dan Perlis (42)," katanya.

Meninjau reaksi warganet terhadap peningkatan kes jangkitan harian COVID-19, ramai yang semakin bimbang tambahan dengan kelonggaran SOP yang diputuskan baru-baru ini.

Selain itu, ada juga segelintir pengguna yang cakna dan risau terhadap kesan kepada bencana alam yang berlaku di Kedah semalam akan turut menyumbang kepada pertambahan kes harian COVID-19 kelak.

"Tengoklah kes di negeri yang rendah kadar vaksinasi, mencanak sampai ada yang dah 2,000 dah.

"Pergh dekat 23K!

"Kes COVID-19 semakin kronik.

"Kes dah 22K tak ada apa. Gigih berebut PM. Negara orang 1 kes dah seriau.

"Kedah kes naik 2,000, pastu berlaku banjir. Kang bila dipindahkan sementara, tempat berkumpul ramai-ramai, risau kes naik lagi.

"There is no way sekolah akan buka," demikian curahan hati beberapa pengguna di laman sosial Twitter.

Foto: BBC, Harian Metro
#Viral #Netizen #KKM #COVID-19 #DG Hisham #Update