Sehingga 12 September 2021, kes positif baharu di seluruh negara dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 19,198 dilaporkan.

Sementara itu negeri Sarawak mencatat jumlah kes harian tertinggi sejak Covid-19 melanda negara iaitu sebanyak 5,291 kes hari ini.

Selangor masih menjadi negeri kedua tertinggi dengan merekodkan 2,347 kes diikuti Johor (2,110).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosialnya berkata, kes keseluruhan yang dilaporkan ialah sebanyak 1,979,698 kes.

Berikut merupakan kes kumulatif mengikut pecahan negeri:

Selangor - 2,347 (641,633)
WPKL - 376 (180,068)
Sabah - 1,717 (173,863)
Johor - 2,110 (164,221)
Sarawak - 5,291 (156,798)
Kedah - 1,256 (117,927)
Pulau Pinang - 1,309 (108,262)
Negeri Sembilan - 283 (94,467)
Kelantan - 1,435 (93,734)
Perak - 1,118 (82,655)
Melaka - 340 (53,243)
Pahang - 584 (51,627)
Terengganu - 930 (42,801)
WP Labuan - 3 (9,876)
WP Putrajaya - 32 (5,732)
Perlis - 67 (2,791)

Gambar: REUTERS