Negara merekodkan 1,510 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam muat naik status di media sosial memaklumkan, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 359,117 kes.

"Selangor menjadi negeri yang merekodkan pertambahan kes tertinggi iaitu 415 kes, diikuti Sarawak (296) dan Kelantan (171)," katanya.

Kes aktif yang dilaporkan ketika ini adalah 15,059 kes selepas 1,248 kes sembuh dan dibenarkan discaj dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lapan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kini adalah 1,321 kes.

"Jumlah kes yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 194 kes dengan 81 kes memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Lain-lain pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor - 415 (119,520)
Sarawak - 296 (19,558)
Kelantan - 171 (7,021)
Sabah - 131 (55,670)
Kuala Lumpur - 106 (38,769)
P Pinang - 101 (17,450)
Johor - 80 (42,240)
Kedah - 59 (8,766)
Perak - 46 (13,721)
Terengganu - 44 (3,723)
Negeri Sembilan - 28 (17,514)
Pahang - 13 (4,498)
Putrajaya -10 (1,219)
Melaka - 6 (6,704)
WP Labuan - 2 (2,407)
Perlis - 2 (337)