Kes COVID-19 di Malaysia masih mencatatkan angka tinggi iaitu sebanyak 3,306 kes, hari ini.

Menerusi sidang media dijalankan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes tertinggi hari ini membabitkan negeri Selangor, Sabah, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka.

Paling mendukacitakan terdapat empat kes kematian dicatatkan.

“Kes baharu positif 3,306 kes membabitkan 3,299 tempatan dan 7 import.

Jumlah keseluruhan setakat ini adalah 161,740.

“Kes sembuh hari ini pula seramai 2,293 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 122,344 kes,” katanya.

Anda boleh lihat jumlah kes secara terperinci di bawah.