Angka jangkitan Covid-19 terus memperlihatkan peningkatan apabila kes baharu dilaporkan sebanyak 8,290 hari ini ini.

Sementara itu Selangor kekal dengan rekod jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,052 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter sebentar tadi turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.

Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).

View this post on Instagram

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia)