Hari ini negara mencatatkan 5,143 kes jangkitan baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu dan sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini adalah 2,551,452.

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan 45 korban.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,676 daripada 2,551,452 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Jangan leka, orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.

Foto dan Sumber: Astro AWANI

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!