Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 6,440 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 685,204 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Selangor masih melaporkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,095 kes dilaporkan diikuti Negeri Sembilan (870 kes) dan Kuala Lumpur (816 kes).

Berikut merupakan pecahan kes bagi setiap negeri:

Selangor - 2,095
WPKL - 816
Sabah - 199
Johor - 592
Sarawak - 536
Negeri Sembilan - 870
Kelantan - 200
Pulau Pinang - 122
Perak - 357
Kedah - 159
Melaka - 223

Pahang - 79
Terengganu - 32
WP Labuan - 152
WP Putrajaya - 6
Perlis – 2

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.