Angka baharu kes positif Covid-19 terus melonjak kepada 22,242 sekaligus merekodkan jangkitan tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Selain Selangor yang kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,858, terdapat lapan negeri melaporkan kes melebihi 1,000 termasuk Sabah (2,413).

Negeri tersebut adalah Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351) dan Perak (1,036).

Pahang pula merekodkan 675 kes, Melaka (579), Terengganu (487), Perlis (50), Putrajaya (25) dan Labuan (lima).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,466,512 kes.

Meninjau ruangan komen akaun Twitter rasmi KKM, ramai yang meluahkan kebimbangan dengan kenaikan mendadak jangkitan hari ini.

"Turun sikit naik banyak.

"Lockdown ke tak ni?

"Apa kata KKM mula mengira mereka yang dimasukkan ke hospital sahaja? Sepertimana yang dilakukan di United Kingdom sekarang," demikian coretan beberapa pengguna media sosial.