Jumlah kes baru positif Covid-19 di Malaysia hari ini menyaksikan peningkatan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham

Abdullah, kes hari mencatatkan 7,509 kes berbanding 7,420 kes yang dilaporkan semalam.

Menerusi satu hantaran di Twitter, Noor Hisham memberitahu jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, orang ramai masih tenang dengan jumlah kes dinyatakan pihak kementerian.

“Kita kena terima hakikat hidup dengan Covid”

“Ok la kes tak naik sangat”

“Syukur, kes tak tinggi sangat,” tulis beberapa netizen.