,
Laman Utama

COVID-19: Dr Adham Kurangkan Tempoh Kuarantin Menteri Pulang Dari Luar Negara

Zulaikha Yusof
09/02/2021
04:05 MYT
Tempoh pemerhatian bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari, berkuat kuasa hari ini.
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan.
Dokumen pewartaan tersebut yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.
Perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
Syarat pengecualian akta dalam perintah tersebut juga menyebut menteri Kabinet yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Untuk rekod, Seksyen 15 (1) akta tersebut memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Berita

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

gempak
01/08/2024
18:55 MYT
Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Berita

Menteri Israel Letak Jawatan

gempak
10/06/2024
21:55 MYT
Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz pada Ahad mengumumkan peletakan jawatannya ketika penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan yang diselamatkan di Gaza dan ratusan penduduk Palestin terkorban.