COVID-19: Jangan Panik, Roti Kegemaran Anda Tidak Habis
Azwa Rahman
24/03/2020 07:47 MYT
24/03/2020 07:47 MYT
Pengeluar roti kegemaran ramai Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd akan terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut pengeluar roti terkemuka itu, mereka menggesa pengguna supaya bertenang dan membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka.
“Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.
"Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di customer_service@gardenia.com.my," katanya menerusi satu kenyataan.
Terdahulu, pengeluar roti itu mendedahkan dalam halaman Facebooknya semalam bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran.
Dalam entri itu lagi, Gardenia berkata, ini adalah kerana semua kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati bukan Gardenia sahaja malah jenama lain turut laris jualannya sejak pelaksanaan PKP.
Sumber: Bernama