Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo menafikan dakwaan mengatakan dia telah berkahwin dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Memetik laporan Mirror, Ronaldo telah menggunakan khidmat wakil yang dikenali sebagai Gestifute untuk tampil memberi penjelasa mengenai hal berkenaan.

"Mereka tidak berkahwin," katanya ringkas dalam sebuah kenyataan.

Berita mengenai perkahwinan itu mula tular apabila majalah gosip Itali, Novella 2000 mengatakan Ronaldo dan Georgina telah berkahwin dalam sebuah majlis rahsia di Morocco awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, Georgina sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan dia sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada bintang Juventus dan Portugal itu.

Ronaldo dan Georgina mula menjalinkan percintaan pada tahun 2015, mereka telah mempunyai seorang cahaya mata iaitu Alana Martina yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : mirror.co.uk