Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

Umirah Halim
25/06/2024 06:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan kesihatannya sedikit terganggu sewaktu menjalankan ibadah haji ketika ini.

Alami Demam Batuk

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata faktor cuaca yang sangat panas menjadi punca dirinya mengalami demam dan batuk.

"Saya baru pergi hospital semalam sebab batuk dan demam kerana cuaca sangat panas di sini, ada kala cecah sampai 53 celcius," katanya ketika dihubungi Gempak.

Bagaimanapun, Alyah meluahkan rasa syukur dan sebak kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

"Saya pergi umrah 4 kali, perasaan saya itu sehari sebelum saya nak terbang pun memang perasaan saya itu lain walaupun sama je tempatnya

"Ini pertama kali saya menunaikan haji perasaan itu bercampur baur gementar excited, saya rasa sebak sangat sebab pada tahun lalu saya mengalami kesukaran dalam mengerjakan umrah.

Berita Trending: Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - “Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami”

Berita Trending: THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji

Berita Trending: THSS: Hadir Ke Konsert The Hardest Singing Show, Netizen Puji Tok Ram - “Comelnya Sokong Bini”

Berita Trending: "Alyah Layan Semua Macam Kawan Sendiri" - Sikap Membumi Buka Pintu Rezeki, Alyah Dilantik Duta Produk Kosmetik

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

"Saya ingat lagi bila saya doa depan kaabah saya cakap ya allah berilah saya untuk tunaikan haji tahun hadapan. Saya tak sangka Allah beri peluang itu untuk saya tahun ini. Jadi saya sangat bersyukur," tambahnya lagi.


Dalam pada itu, Alyah turut berkongsi mengenai situasi di Tanah Suci Mekah yang kini dikhabarkan angka kematian jemaah haji meningkat akibat cuaca panas terik yang melampau.

"Di Mekah boleh dikatanya setiap waktu fardhu ada solat jenazah. Berbelas kadang berpuluh jenazah di solatkan. Ada waktu tu 2 kali solat jenazah dilakukan," kongsinya.

Sebelum ini, Alyah telah menarik diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show (THSS) bagi menunaikan haji.
#Alyah #hospital #Demam #Datin #Panas #Cuaca #Terik