The Hardest Singing Show
THSS: Hadir Ke Konsert The Hardest Singing Show, Netizen Puji Tok Ram - “Comelnya Sokong Bini”
Kehadiran pengarah muzik, Datuk Ramli MS ke konsert minggu pertama The Hardest Singing Show pada Ahad lalu mencuri tumpuan orang ramai baru-baru ini.
Tok Ram duduk barisan hadapan
Menerusi sepotong video yang telah disunting semula oleh seorang pengguna di Platform TikTok, memaparkan momen persembahan Datin Alyah yang juga merupakan isteri kepada maestro muzik tersebut.
Apa yang lebih menarik perhatian apabila, Datuk Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram telah duduk di barisan hadapan dan dapat dilihat beberapa sepanduk yang dihiasi dengan foto Datin Alyah disampingnya.
Netizen komen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji pasangan tersebut.
“Hahaha comelnya datang tengok bini perform siap bawa kawan-kawan sebaya.
“Hahaha aku suka pasangan suami isteri ini tak terlalu show off tak terlalu berkongsi.
“Tok Ram bawak geng bapak-bapak support wife dia. So cute la orang tua punya vibe loving ni.
“Comelnya Tok Ram sokong bini,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, salah seorang warganet membuat pendedahan cerita sebenar.
“Actually crew kenakan Tok Ram and the gang. Sepanduk tu takde sebelum Datin perform. Tok Ram koyak sebab diorang jemput suruh promote tapi tiba-tiba kena jadi supporter bini. still, Tok Ram cute sebab Datin blushing,” tulisnya.
Selain Datin Alyah, antara peserta lain yang menyertai program tersebut adalah Kaka, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam.
Jangan lupa saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Berita Trending: THSS: Di Sebalik No. 1, Ayda Jebat Cedera Lepas Persembahan Konsert Minggu Pertama The Hardest Singing Show
Must-Watch Video