Pelakon Chacha Maembong akui serius tentang hubungannya dengan jejaka bukan beragama Islam bernama Leslie.
Chacha dan Leslie telah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu dan mendedahkan jejaka itu kini sedang mempelajari agama Islam.
"Dia bukan bangsa Cina tetapi Iban dan berasal dari Sarawak. Ramai yang tersalah faham sebenarnya.
"Sekarang dia sedang belajar tentang agama Islam dan kalau ada rezeki untuk perhubungan lebih matang, saya terima sebab nampak dia pun serius.
"Kami juga sudah mengenali keluarga masing-masing dan menyokong hubungan kami dan apa yang terbaik," katanya kepada Gempak.
Chacha yang ditemui pada majlis pelancara drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara semalam mengakui sering menerima kritikan negatif netizen terhadap perhubungannya.
"Apabila bercinta dengan lelaki bukan Islam, ramai yang kritik cakap saya tak ingat agama.
"Tetapi kalau saya sendiri boleh bimbing dia apa salahnya. Masa akan datang kita tak tahu.
"Yang penting, saya sentiasa ingat pesanan keluarga saya, jangan lupa asal-usul dan agama," tambahnya.
Adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga mengakui Leslie individu yang memahaminya.
"Dia seorang lelaki yang baik, menerima saya seadanya dan sentiasa menyokong kerjaya saya. Kadang-kala ada juga romantiknya," kata Chacha lagi.
Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi drama bersiri 60 episod terbaharu, Selafaz Cinta melakonkan watak Inaz.
Selain Chacha, Selafaz Cinta dibintangi Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Aqasha dan ramai lagi.
Selafaz Cinta akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Amri Hassan
Thu Nov 22 2018
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.